ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
PARA PERWAKILAN
MUKTAMAR PAS 2001.
------------------
Per: PAS JANGAN ADAKAN MASAALAH BARU DALAM
PEMILIHAN NAIB PRESIDEN DAN HAL DEWAN MUSLIMAT
================================================
Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman
menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut Allah itulah yang pasti
menang ( Al Qur'an: 5:56 )
Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin
menyombongkan diri ( berebut kedudukan didunia ) dan berbuat kerusakan
dibumi, dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (
Al Qur'an : 28:84 )
...dan siapa yang berbaiat ( bertaat setia ) kepada imam
( pemimpin ) dan telah menyanggupi taat setianya ( ketetapan hati ), harus
taat sedaya yang mungkin, sekiranya datang lain orang untuk merebut
kekuasaan, pengggallah lehernya ( yang hendak merebutnya ). ( Hadis Riwayat
Muslim dari Abdullah bin Umir RA, dari Sabdaan Rasulullah SAW ).
Demi Allah kami tidak mengangkat seorang dalam satu jawatan (Jabatan) pada
orang yang menginginkannya atau orang yang sangat berhajat pada jawatan
tersebut. ( Riwayat Bukhari, Muslim, dari Abu Musa Al Asyari RA dari
Rasulullah SAW )
Sesungguhnya terdapat ada banyak peringatan-peringatan yang boleh kita
dapati selain tersebut dalam memperkatakan hal memilih kepimpinan dikalangan
harakah Islam.
InsyaAllah Muktamar PAS 2001 ini akan terdapat perkara pemilihan yang perlu
untuk dipertimbangkan dengan berpandukan SunnahNya kerana ia melibatkan
Jawatan penting ia itu Tiga Naib Presiden dan Ketua Dewan Muslimat.
Berpandukan Sunnah maka dapat disimpulkan bahawa:
1. 3 Naib Presiden haruslah:
Mengekalkan yang sedia ada
1. YB Dato Haji Hasan Shukri
2. YB Tuan Haji Mustafa Ali
3. ... ( Harus pilihan baru )
2. Ketua Dewan Muslimat:
Mengekalkan yang sedia ada
YB Puan Hajjah Jamilah.
3. PERKARA WAKIL RAKYAT WANITA.
Adalah baik ianya tidak menjadi perbahasan kerana sememangnya terdapat kesan
yang sangat sensitif lagi sangat tidak seharusnya ianya dituntut oleh
Solehah sedangkan Hak Solehah lebih tinggi dan mulia dalam Islam dan
SunnahNYa bukan sebagaimana yang gembar-gemburkan oleh golongan Anti Islam
yahudi dan nasara dan kemudian oleh Kamel Ataturk Pembunuh Agama.
Hari ini golongan munafikin telah merancang berbagai cara dengan menggunkan
isu hak wanita kerana isu ini melibatkan masaalah yang sangat 'penting'
dalam usaha menghancurkan Iman Islam.
Solehah dalam PAS patut berhati-hati dalam mengikut permainan golongan yang
mahu menghancurkan Islam melalui hak-hak wanita sedangkan Islam telah lebih
memartabatkan dari mereka yang jelas munafikin dan fasikin tetapi mengaku
lebih peka.
Nota:
1) Perlembagaan PAS memang membenarkan adanya pertandingan atau perebutan
kerana ia adalah Perlembagaan yang dicipta untuk memenuhi keperluan
Peraturan 'LOrd Reid' Perlembagaan Negara.
Al Qur'an dan Sunnah Rasul SAW tidak mewajibkan perebutan bahkan ada hikmah
dengan dilakukan dilantik oleh Khalifah dan dipersetujukan oleh ahli-ahli.
( Perlembagaan PAS meletakan Tujuan dan Dasar Al Qur'an dan Sunnah Rasul
sebagai yang hendak dilaksanakan, maka ianya harus telah memansuhkan syarat
Perlembagaan PAS sendiri ).
2) Kesan perebutan sedangkan penyandang jawatan yang diamanahkan masih
berupaya atau tidak melakukan kesalahan melainkan harus memang setiap hamba
Allah terdapat kekurangan, maka PAS harus akan kerugian sekiranya berlaku
pertukaran kerana ianya tidak dapat lari dari perkara 'semangat' dan lumrah
manusia, sama ada mereka yang tewas atau yang menewaskan.
3. Amalan Demokrasi ciptaan manusia adalah sesuatu yang memang dibuat oleh
'mereka yang berpenyakit hati dan anti Islam' sedangkan Al Qur'an dan
Sunnah lebih Unggul/ Utama bagi Muslimin.
Semuga menjadi bahan fikir dan pertimbangan yang sebaiknya dalam usaha
menjadikan kita sebagai
MUKMIN YANG SABAR
MEMBANGUN DALAM ISLAM.
Takzim dari
Muhammad Yunus @ Suraji Al Fakir.