web space | free hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BOMOH YANG HANDAL

Masyarakat melayu tidak akan dapat dipisahkan dengan amalan kemelayuan yang telah dipraktikkan semenjak turun temurun lagi malah hingga kehari ini amalan seperti mencari khidmat bomoh bagi sesuatu maksud yang diingini dan dihajati masih segar dalam kehidupan masyarakat melayu. Amalan ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat melayu diluar bandar tetapi begitu segar diamalkan oleh masyarakat bandar terutamanya oleh gulungan yang mendakwa gulungan kelas elite. Disebalik cara kehidupan yang mempamirkan serba moden dan canggihnya hidup mereka, permintaannya melebihi penawaran. Khidmat bomoh untuk berurut bagi yang lelakinya dan mendapatkan sesuatu hajat seperti melembutkan hati suami bagi yang perempuannya.

Tidak kurang juga permintaan bomoh akan menjadi begitu tinggi permintaanya apabila menjelang saat saat pemilihan dalam UMNO dan semasa pilihanraya. Dari ketua ketua atau AJK bahagian bahagian UMNO hinggalah kepada menteri menteri malah hingga ke Perdana Menteri mencari dan mengunakan khidmat bomoh bagi mencapai maksud masing masing merupakan keperluan. Masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan Dato Mazlan yang di kerat lapan belas oleh bomoh Mona Fandi kerana berhajat benar aruah Dato Mazlan untuk menjadi Menteri Besar Pahang.Ini adalah contoh amalan yang telah dan sedang berlaku dikalangan UMNO.Rafidah Aziz sendiri juga pernah meminta saorang untuk mencarikan khidmat bomoh semasa piliharaya disatu masa yang lepas dan bermandi bungalah beliau bagi mencapai maksudnya.Tanyalah pada Rafidah kalau dia tidak bercakap bohong.Dato Dollah Badawi juga tidak ketinggalan dalam mencari sesuatu yang dianggap azimat dan ubat bagi menguatkan keris taming sarinya.Tidak susah bagi orang orang ini kerana sebut sahaja maka berkejaranlan semua kakitangan kerajaan yang berkaitan keseluruh pelusuk Malaysia mencari apa yang dihajatinya.Tanyalah pada Pak Lah tentang Madu Lebah dan Tongkat Kayu yang disuruh carinya.

Diantara menteri menteri juga ada yang menjadi bomoh atau menjadi ‘lam’ seperti Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis atas kayangan dan antara bomoh bomoh yang paling handal dan cukup mustajab jampinya adalah Mahathir Mohamed Iskandar Kutty.Keperkasaan Mahathir memang tidak akan dapat ditandingi oleh mana mana bomoh lain baik Ayo-yo Samy atau Ling Leong Sakit kerana apa saja yang dijampi oleh Mahathir maka akan bertaburan lah semua wartawan dan penerbit akhbar dan media TV dan orang orang seperti Ismail Ibrahim atau Bekas Jeneral Hamid yang akan melalak dan melolong disebabkan serapah jampi Mahathir.Sahutan lolongan ini akan disambut seterusnya pula oleh Rais Yatim dan Hamid Albar dan seterusnya disambut lagi oleh manusia manusia yang rendah mertabatnya dalam UMNO atau ingin mencari kesempatan untuk mendapat habuan dari bomoh yang terkenal itu.

Serapah Mahathir yang terbaru ialah tentang bolehnya Cina Akar menjadi ahli UMNO dan tidak bolehnya orang orang Cina (pucuk) lain menyertai UMNO.Maka kedengaranlah salakan dan lolongan dari pelbagai pihak dengan yang pertamanya Ayo-yo Samy dan orang orang UMNO disemua peringkat.Reaksi dan ragam orang orang UMNO amatlah memberangsangkan.Terima Kasih Tok Bomoh Det.Kumpulan demi kumpulan ahli ahli dan penyokong UMNO yang terdiri dari gulungan Dewasa dan Tua telah memberikan padangan pendapat dan bertindak dan ada yang telah bersumpah meninggalkan UMNO.

‘Ini semua dah karut.. undang undang dan peraturan apa yang dia (Mahathir) pakai. Dia buat ikut suka hati dia saja’ itulah antara yang disebut oleh gulungan ini sekarang ini. Dalam pilihanraya 1999 yang lepas, gulungan inilah yang paling sukar untuk dineutralisekan.Fahamannya kepada UMNO untuk melayu tidak lut oleh apa juga penerangan atau bukti yang kita ajukan tetapi sekarang nampaknya bulan sudah mula mengambang.Terima kasih Tok Bomoh Det.Berjampi dan berserapahlah banyak banyak lagi.Bila demo berjampi maka habis lari pelabur pelabur,bila teman berserapah maka menjunam lagi saham saham KLSE,berjampi dan berserapah lagi merudum harga kelapa sawit dan tak naik naik harga getah dan yang naik ialah lalang dikebun getah,berjampi lagi naik pula harga barang,berserapah lagi akan naik pula tol, setem, cukai, bertambah pula kes saman polis dan macam macam yang tak larat nak dipikiak sampai dah merlit kepala sama macam kepala Syed Hamid Albar.

Sebenarnya Che Det, orang nak jadi bomoh bukan pakai hentam saja jampi dan beserapah buta tuli.Kita ni manusia dijadikan oleh Allah dari air mani, bahan yang paling hina diatas mukabumi ini sehingga lalat pun tidak mahu hurung.Kita nak buat apapun baik nak bercakap,nak tidur,nak makan hatta nak berak pun kenalah baca doa dulu.Sebutlah selawat atas Nabi kerana perintah selawat tu bukan Nabi s.a.w yang suruh tetapi Allah yang suruh.Tak kan tak pi sembahyang Jumaat kut. Kalau bukan kerana kemuliaan dan kecantikan Nur Muhamad s.a.w. kita semua tidak akan berada diatas muka bumi ini wahai Che Det.Nur Muhamad ini dijadikan oleh Allah sebelum dicipta Nabi Adam A.s lagi, sebelum dunia ini diujudkan,barulah semua yang kita cakap dikawal oleh malaikat.

Tanyalah pada Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi atau Dato Ishak Baharom jangan tanya pada Tok Hamid Man, jangan tanya Tok Hamid Non Bidin jangan tanya Mail Brahim, depa ni semua dah songsang. Depa takut dekat manusia lebih dari takut dekat Allah Ta’ala lagi.

Satu lagi petua untuk bagi jadi semua elok ialah pakailah kopiah atau ketayap putih.Yang takut sangat dekat warna putih tu pasai apa.Esok mati pun akan diselimut dengan kain putih juga dan kain kapan putih tulah akan jadi kertas nak tulis segala amalan baik atau buruk yang kita buat la ni.Takut dekat warna putih sama macam takut warna hijau.Penyakit takut dekat warna hijau ini mula mula kena dekat Shahidan Kassim dan sekarang ini dah mula merebak sampai kepada Che Det pula.Pasal apa hampir semua negara Islam dalam dunia ini mempunyai warna hijau pada bendera negara masing masing kecuali Malaysia dan Turki kut.Pasai warna hijau ini adalah warna yang telah dipilih keatas baju sutera yang dibawa turun dari syurga oleh malaikat Jibril kepada Sayyidatina Patimah Az Zahra, anakanda perempuan Rasullulah s.a.w dimalam perkahwinannya dengan Sayyidina Ali Karamullah.Hadiah baju sutera berwarna hijau itu adalah sebagai ganti kepada baju pengantin Sayyidatina Patimah Az Zahra yang telah disedekahkan kepada seorang wanita yang terlalu miskin yang tidak mempunyai pakaian pada siang harinya.Diatas kemuliaan hati Sayyidatina Patimah Az Zahra itulah maka Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril mengantikan baju pengantin sutera berwarna hijau kepada Sayyidatina Patimah Az Zahra. Hijau adalah lambing kemuliaan,

Hijau juga adalah lambing kesuburan, warna segala tumbuhan diatas muka bumi ini,penyumbang kepada oksigen yang kita, Dollah Bedwi, Shahidan Che Kassim dan Che Det sedut setiap saat, minit, jam, hari dan selama 76 tahun ini.Apakah Che Det dan semua orang UMNO atau UMCINO tidak percaya kepada cerita ini.Tanyalah kepada Malaikat Jibril bila sudah berada dalam kubur nanti dan semuga dengan izin Allah bangun dan ceritakan kepada kami yang mana-mana masih hidup ini.Ingatlah Che Det bahawa mati itu benar,bahawa soalan dalam kubur itu benar,bahawa Al-Quran itu benar.Kebenaran Al-Quran dan segala apa yang terkandung dalamnya dibawa oleh Jibril kepada Rasullulah s.a.w, orang yang benar, orang yang amanah,orang yang jujur, apakah Che Det ada sifat sifat yang ada pada Rasullulah s.a.w. yang kita orang orang Islam junjung sebagai sebaik baik manusia dialam ini.Hatta itu apa yang disebut oleh Baginda juga adalah sisipan dari Al-Quran.

Che Det tidak mempunyai sifat sifat ini,maka itulah Che Det terus menerus menyerang dan berani mempermainkan sifat sifat fizikal Rasullulah tentang janggutnya, atas sebab apa. Sebabnya orang dari keturunan seperti Che Det kalau tidak bercukur untuk satu hari saja akan tumbuh segala bulu sama seperti Urko from the Planet of the Ape.

Terima kasih Che Det, Terima kasih Che Det, Terima kasih Che Det,

Inilah yang selalu disebut sebut kepada rakyat negara ini supaya kami selalu mengucapkan nya kepada anda, supaya kami mengagungkan anda. Tidak perlu bersyukur dan berterima kasih atau berselawat kepada Rasullulah s.a.w. kerana anda telah mengatakan sekiranya Nabi Muhamad s.a.w. itu tidak diutuskan sebagai Rasul, sudah pasti Allah akan mengutuskan orang lain untuk menjadi Rasul.Anda juga marah bila orang mengatakan ulama itu pewaris nabi dan mengatakan bahawa keturunan Syed Syed bermaksudkan kepada Syed Hamid Albar pun tidak menuntut mereka sebagai pewaris nabi.

Katakanlah apa yang hendak dikatakan Che Det, Anda adalah pemimpin yang paling berkuasa dizaman ini. Anda adalah Maharaja di Malaysia ini.Sultan Sultan yang ada di sembilan negeri hanyalah Raja. Anda tinggal didalam Mahligai sedangkan mereka hanya tinggal didalam istana. Ini semua kerana kami orang orang melayu. Melayu sememang bangsa yang cukup sabar walaupun dibuat apa saja kecuali ada perkara perkara yang akan menghilangkan sabar kami, maka kami akan AMOK.

ADOLFHITLER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com