web space | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lagi pemimpin Pemuda Keadilan ditangkap - Akta Hasutan pula digunakan

KUALA LUMPUR,28 Mei ( Hrkh ) - Polis menangkap seorang lagi aktivis Pemuda Keadilan dan kali ini menggunakan Akta Hasutan.

Penangkapan Azman Marjohan, 32 tahun dibuat di rumahnya di Teluk Intan awal pagi tadi.

Azman, Naib Ketua Pemuda bahagian Teluk Intan dibawa ke balai polis Taiping dimana beliau ditahan reman.

Penangkapan beliau disahkan oleh sumber parti Keadilan petang ini.

Adalah difahamkan beliau didakwa di bawah seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan kerana “mengeluarkan kata-kata yang bersifat menghasut” pada satu ceramah politik di Taiping 23 Mei lalu.

Mengikut perundangan itu, sesiapa yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Akta Hasutan pernah digunakan keatas beberapa pemipimn pembangkang termasuk Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohamad Noor. Kes beliau masih didengar di mahkamah.

Ezam kini ditahan bersama sembilan pemimpin Keadilan dan aktivis sosial dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri - ISA .

Seorang lagi mangsa Akta Hasutan ialah Pengarang Harakah Zulkifli Sulong. Kes beliau juga masih dibicarakan di mahkamah.

Dan Oktober ini, Timbalan Pengerusi DAP Karpal Singh pula akan dibicarakan atas tuduhan menghasut.

Bekas Naib Presiden Keadilan Hajah Marina Yusoff didenda RM5,000 Februari lalu setelah didapati bersalah mengikut akta itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com