web space | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahazalim Ditembak Oleh Peminat CS

Assalammualaikum, Saudara Reformis Sekalian.

Tahniah di atas komitmen dan iltizam tinggi anda semua bagi melihat perubahan total di dalam negara kita yang tercinta ini. Iltizam dan kesungguhan, jika diadun bersama dengan daya kreativiti sudah barang tentu akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan usaha kreatif seperti yang dilakukan oleh saudara webmaster Laman Reformasi yang telah menganjurkan Pertandingan Mengarang Eisi. Semoga kita semua dapat menyertai pertandingan ini sebagai menyahut dan memeriahkan rentak perjuangan murni ini.

Di sini juga ingin saya mewar-warkan kepada semua penyokong parti Barisan Alternatif (BA) bahawa salah seorang rakyat Malaysia yang peka terhadap kegawatan politik negara kita telah mereka sebuah peta (maps) untuk games Counter Strike (games ini cukup diminati oleh golongan muda-mudi) yang dengan jelas menggambarkan latar politik negara ini. Di dalam maps (cs_university_r2) tersebut beliau (saudara Iskhalifah) secara terang-terangan menunjukkan banner REFORMASI yang berlatarbelakangkan gambar DSAI. Terdapat juga gambar-gambar DSAI lain yang turut menghiasi di sekitar kawasan maps rekaan beliau.

Menurut pemerhatian saya, ketika berada di beberapa buah CyberCafe yang telah menggunakan maps tersebut, ianya telah menarik perhatian ramai penggemar games CS. Ketika saya meninjau dan mencubanya, saya dapati ianya cukup menarik. Apa yang amat menyeronokkan, saya mendapati rata-rata peserta CS akan menembak dan memusnahkan gambar Mahazalim yang turut dipamerkan di dalam maps tersebut. Mereka nampaknya merasa puashati melepaskan geram dengan menembak dan mencalarkan gambar-gambar Mahafiraun. Ini jelas dapat dilihat apabila gambar tesebut hancur, mereka akan ketawa besar dengan penuh aksi. Apa yang melucukan, salah satu gambar orang tua tu diletakkan di kawasan sebuah tandas.

Secara peribadi saya berani menyatakan bahawa usaha kreatif beliau amat membanggakan. Jadi, apalah salahnya kita semua sama-sama cuba permainan ini sambil merehatkan fikiran dapat juga kita lepaskan geram. Bagi para reformis yang mempunyai anak yang masih remaja, saya mengesyorkan anda download saja maps baru ini sebagai hadiah kepada anak-anak kita. Bagi yang berminat mengenai maps cs_university_r2 secara percuma bolehlah melawat laman http://csmapslah.counterstrikelah.com/ atau, cuba tanya dekat mana-mana pengusaha CyberCafe di tempat anda. Sebarang kemushkilan mengenai games tersebut, bolehlah anda menghubungi saudara IskHalifaH .

atau, hubungi email saya: ipb@freeanwar.com

re4masi!!!
Allahu Akbar!!!!

WASSALAM.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com