web space | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Respon : Gugur Anak

Assalamualaikum,

Sidang editor sekelian,termenung sejenak awedone bila menatap galeri photo ruang tranung kite.Masih ada lagi manusia di mutakhir ini.Kalau ada kalangan rakyat Msia berkelakuan seperti ini memang tercapai hasrat kerajaan "MALAYSIA BOLEH".Apakah dosa si janin itu?Teman awedonde ada yang bertahun dan ada juga berbelas tahun menunggu rezeki dari Allah berusaha berubat sana kemari tetapi hasilnya hampa.Tetapi dalam dunia penuh canggih ini sanggup manusia bertopeng .....sanggup melakukan kerja terkutuk itu.Walaupun hasilkerja terkutuk berdosa kenapa di tambah lagi dengan dosa.

Awedonde tidak hairan kalau manusia yang melakukan kerja terkutuk itu tiada apa-apa pegangan tidak kira agama apa pun jadi anutan,kerana tiada satu agama pun dalam dunia ini menyuruh kejahatan melainkan semua untuk kebaikan.Itu sebab bila awedonde menulis,selalu awedonde tegaskan kita jangan hanya bercampur dikalangan kita sahaja,bergaul sama dengan orang lain.

Pernah awedonde tanya seorang teman sepejabat yang menganut agama Hindu,adakah agama anda melarang judi.Ya jawabnya.Begitu jua dalam permasalahan ini.

Awedonde pun ada anak.Sekiranya sakit demam putera dan puteri tengah malam itu juga awedonde akan mencari Klinik 24 jam.Syukur ke hadrat Allah kerana dimurahkan rezeki ada juga transport buruk untuk bergerak ketika kecemasan.Bagi awedonde bukanlah dikatakan baik sangat,namun jika amanah yang di beri Allah itu tidak dihargai tiada guna anda mencari wang ringgit siang dan malam kalau tidak untuk mereka.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com