Walaupun keputusan itu tidak mutlak, kerana tidak ada ulasan yang konkrit dari PM sendiri, tetapi setakat ini itulah keputusannya. Demikianlah berakhirnya era sebuah "pemerintahan" oleh orang kepercayaan Mahathir , Tan Sri Zainol Mahmood ke atas Pos Malaysia. Sejak Pos Malaysia diswastakan oleh kerajaan BN yang gila harta dan mengaut segala hasil mahsul negara itu pada 1.1.92, Zainol sajalah seorang Pengerusi Eksekutif nya sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan mulai 16.4.2001. Khabar yang kuat adalah Zainol ditamatkan perkhidmatannya kerana desakan PNB yang dipersetujui oleh Daim AlKarun, kerana PNB merasakan sudah sampai masanya Pos Malaysia diambil alih kerana PNB adalah pemegang saham terbanyak iaitu sebanyak 60%. Selebihnya saham itu dipegang oleh pihak kerajaan dan para kroninya.
Di sepanjang "pemerintahannya" , Zainol melaksanakan berbagai-bagai perkara yang kesemuanya gagal mencapai sasarannya. Beliau bukanlah tokoh korporat yang sepatutnya menerajui Pos Malaysia. Ia adalah bekas Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri sehinggalah bersara dari perkhidmatannya dan terus dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Pos Malaysia.
Zainol dikatakan di samping dia sendiri berbelanja boros, dia telah memberikan kemewahan yang tidak selayaknya kepada para pegawai kanannya. Saban tahun ada saja pegawai kanannya yang dinaikkan pangkat. Pegawai Kanan dalam kategori khas begitu ramai dan mereka dianugerahkan sebuah kereta wira dengan servis percuma. Lebih 30 kereta proton wira telah dianugerahkan kepada kakitangan kesayangannya. Pegawai yang lebih atas dianugerahkan pegout 405. Beliau sendiri memakai BMW seven series.
Apa yang menarik pada suatu hari ialah Zainol membeli sebuah caravan dengan harga RM300 ribu lebih, tanpa sebarang rancangan kegunaannya yang menasabah. Khabarnya untuk mengadakan mesyuarat dengan para pegawai kanannya. Tetapi caravan itu akhirnya tersadai begitu sahaja dan terpaksa dijual balik dengan harga 100 ribu lebih. Ini bermakna Pos Malaysia telah kehilangan 200 ribu akibat kesilapan perancangan.
Sepanjang sepuluh tahun itu "renovation" juga berjalan tanpa henti. Ada sahaja perkara yang patut diubah suai. Sekejap tampal sekejap rombak. Kerja pengubahsuaian yang paling diingati barangkali oleh kakitangan Pos Malaysia adalah kerja ubah suai ke atas Dewan Sri Pos yang melebihi sejuta RM hanya kerana menyambut kedatangan seorang
Agong dan Permaisurinya. Selepas lawatan itu dewan berkenaan dirobohkan semula dan diubahsuai kembali untuk keperluan lain. Begitulah yang berjalan sepanjang tahun. Mengikut maklumat yang tidak rasmi kerja-kerja "renovation" dijalankan oleh kontraktor yang itu itu juga. Mungkin ada rahsia yang tersimpan di sebalik itu.Siapa tahu?
Dan yang paling terbaru, menurut maklumat seorang teman, Zainol telah menaikkan pangkat hampir semua pegawai kanannya sebulan sebelum perkhidmatannya ditamatkan. Jika pelantikan/kenaikkan pangkat itu disahkan, maka Pos Malaysia akan mempunyai paling ramai Pengurus Besar, iaitu seramai lapan orang. Adakah Pos Malaysia sebuah syarikat yang begitu besar dan sulit untuk diuruskan sehingga memerlukan 8 orang Pengurus Besar yang gajinya sahaja lebih kurang RM10,000 sebulan tidak termasuk lain-lain kemudahan dan elaun? Inilah yang kroni Mahathir lakukan sepanjang ia mengurus sebuah syarikat kerajaan. Atas nama penswastaan, semuanya habis dikikis untuk kepentingan sendiri.
Dan khabar yang lebih bagus adalah penyerahan Pos Laju (national courier) kepada salah seorang anak lelaki Perdana Menteri. Kini Pos Laju adalah milik anak PM. Begitu juga khabarnya dengan Sistem Maklumat Pos Malaysia, juga dimiliki oleh anak lelaki PM. Zainol juga dikatakan membenarkan sebuah syarikat yang penuh kontraversi berkongsi keuntungan dengan Pos untuk membeli dan memasang serta memasarkan komputer berjenama kepada pemegang-pemegang akaun KWSP. Syarikat yang dikenali dengan nama Odasaja itu dikatakan dimiliki oleh anak PM dan anak Zainol sendiri. Sehingga kini Odasaja dikatakan tidak pernah membayar satu sen pun keuntungan kepada Pos Malaysia hasil penjualan komputer itu, walau pun kerja-kerja pemasangan, penghantaran, dan pengurusannya dilaksanakan oleh kakitangan Pos Malaysia. Kata kakitangan Pos Malaysia, yang untung milik Odasaja, yang rugi milik Pos Malaysia. Itulah amalan kronisme yang membantutkan kecermelangan ekonomi Malaysia sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Tentu saja yang tidak terbela nasibnya adalah kakitangan bawahan yang terdiri dari posmen dan pekerja beruniform lainnya seperti Polis Bantuan dan Pelayan Pejabat. Posmen adalah tulang belakang bagi Pos Malaysia. Tetapi di bawah Zainol, golongan ini diabaikan. Gaji mereka rendah. Ramai yang cabut lari mencari pekerjaan lain. Ramai juga yang menjalankan kerja lain selain dari kerja yang ada untuk menambah pendapatan. Pendapatan mereka tidak cukup untuk hidup di sebuah kota kosmopolitan seperti KL di mana wang adalah segala-galanya. Anak isteri pun perlu makan, pakaian dan pendidikan. Sayangnya golongan rakyat marhaen ini tidak punya pimpinan yang mampu menggegar pentadbiran Zainol dan kuncu-kuncunya. Jika sekiranya mereka melancarkan mogok sehari, tentulah ramai yang akan membuka mata termasuk PM Mahazalim itu serta Daim AlKarun yang dikatakan tidur pun di atas wang yang bertapuk-tapuk dan tak tahu ke mana hendak dibelanjakan. Demikianlah sistem ekonomi kapitalis mencengkam kehidupan rakyat marhaen, tanpa mengenal belas kasihan. Memanglah PM tua itu sudah hilang sifat kasihannya kepada makhluk ini, kalau tidak masakan DS Anwar dibiarkan dilanyak oleh Rahim Noor sampai lebam matanya, dan kini sakit pula tulang belakangnya tetapi tidak pula dibenarkan berubat di luar negara. Apakah engkau PM Mahazalim mahu membunuh DS Anwar?
Begitulah berakhirnya era sebuah "pemerintahan" oleh kroni PM yang mahu menghabiskan khazanah negara sebanyak mungkin sebelum takhta terlepas dari tangan. Kata orang-orang Pos, Tan Sri Zainol lari tengah malam.
Sebabnya Zainol meninggalkan Pos Malaysia tanpa ucapan selamat tinggal, tanpa berjumpa dengan kakitangannya sepertimana biasa yang dilakukannya setiap Idulfitri menjelang tiba. Tentu saja PNB akan meletakkan pegawai yang lebih bertauliah untuk mentadbir dan mengurus Pos Malaysia, agar Pos Malaysia akan lebih cemerlang di masa hadapan, dan tidak lagi menjadi kuda tunggangan untuk Mahathir mengaut segala khazanah negara melaluinya.
Projek terakhir yang sempat dijalankan oleh Zainol sebelum ditamatkan perkhidmatannya ialah apa yang dikenali sebagai Pos Berdaftar Elektronik. Sebenarnya tidak ada apa yang boleh dibanggakan dari projek ini. Ia hanyalah mem"barkod"kan sistem register yang sedia ada. Sistem maklumat Pos tidak perlu dipinda atau pengubahsuaian untuk projek ini. Sistem itu telah tersedia untuk barkod kerana terdapat bil-bil yang menggunakannya. Lagi pun salah satu produk Pos Malaysia iaitu Postal Order telah pun lama menggunakan sistem ini. Cuma yang agak pelik ialah proses itu mencapai belanja sehingga RM 17 Juta! Bayangkan satu projek yang hanya untuk meletakkan nombor-nombor yang telah pun tersedia menelan belanja sebanyak itu!. Tentulah kurang menasabah bunyinya, tetapi itulah realitinya. Agaknya ke manakah selebihnya wang itu dibelanjakan? Tentulah BPR lebih layak untuk menjawabnya.
Kini orang-orang Puteri Pos beraya sakan di Iran, lawatan terakhir yang sempat dilakukan oleh mereka sebelum Zainol mengucapkan sayonara kepada Pos Malaysia.
Mereka dijangka pulang ke tanah air penghujung bulan ini. Siapakah yang membiayai perjalanan, makan minum dan penginapan mereka? Khabarnya isteri Zainol, Puan Sri Rajimin ikut serta dalam rombongan itu. Tentulah wang yang terlibat adalah wang rakyat juga, sebagaimana Zainol amat sayang dan takutkan isterinya.
Terlalu banyak yang tidak dapat dicoretkan di sini kerana terlalu ramai teman-teman yang mencurahkan rahsia tentang penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Mahathir dan para kroninya. Mungkin di lain kali kita berkesempatan menuliskannya jika ada kelapangan dan izin dari Tuhan.
Dan untuk sementara waktu, tinggallah Pos Malaysia tanpa Pengerusi Eksekutifnya. Siapakah agaknya Pengerusi Eksekutif yang baru bagi Pos Malaysia? Betulkah Datuk Anwar Maarof akan datang sebagai gantinya, atau pun Megat Junid, Tajuddin Ali dll. Atau pun PM mahukan orang lama? Khabarnya Zainol ada membuat rayuan, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh tokoh-tokoh korporat dan ahli politik yang bermaruah. Tetapi Daim AlKarun sudah pun bercuti dua bulan setelah menamatkan perkhidmatan Zainol. Daim inginkan orang lain untuk meerajui Pos Malaysia sesuai dengan hasrat pemegang utama saham, PNB. Tetapi Mahazalim inginkan orang lama. Maka terjadilah krisis kembali antara PM-Daim, sesuatu yang sudah lama diperkatakan oleh Sdr.Ahmad Lutfi melalui buku-bukunya. Khabarnya itulah punca Daim AlKarun mengambil cuti dua bulan, supaya dia tidak pening-pening menghadapi kerenah Perdana Menteri yang sudah separuh nyanyuk itu.
Way,
20.04.2001