Soalan yang ingin saya ajukan ini ialah buat seluruh
muslimin & muslimat.Tidak kira samaada mereka itu
pemimpin atau rakyat biasa.
Apakah apabila seorang muslim ditangkap dan
ditahan,tak kiralah samaada dibawah ISA atau akta apa
saja,maka haknya untuk menunaikan hak Allah iaitu
bersolat juga turut ditahan.
Bagaimanakah keadaan ini boleh terjadi didalam
sebuah negara yang mengaku sebagai sebuah negara
Islam?
Sebuah negara yang mempunyai P.M,T.P.M dan majoriti
menteri kebinetnya juga berugama Islam;sebuah negara
yang mempunyai raja-raja berpelembagaan yang juga
berugama Islam.
Apakah Ketua Polis Negara dan anggota-anggota
keselamatan yang bartanggungjawab keatas
tahanan-tahanan tersebut bukan beragama Islam?
Apakah pihak polis merasakan masyarakat tidak akan
menghormati mereka sekiranya mereka bertolak ansur
didalam hal solat ini?Imej yang bagaimanakah polis
ingin tampilkan?Imej berani, tegas dan tidak gentar
pada sesiapa jua termasuklah Allah yang mencipta
mereka.
Jadinya atas alasan apakah mereka tidak dibenarkan
bersolat?Atas alasan apakah tahanan-tahanan muslim
dipakaikan dengan pakaian yang menampakkan aurat yang
tidak memungkinkan mereka bersolat?Siapakah yang akan
menanggung dosa meninggalkan solat tersebut?
Mengapakah majlis fatwa,majlis
raja-raja,mufti-mufti,
alim ulama-alim ulama,ahli-ahli politik pemerintah
dan pembangkang,cendikiawan-cendikiawan, ahli-ahli
profesional,mahasiswa-mahasiswa serta ahli ahli-ahli
NGO's berdiam diri???
Apakah apabila seseorang itu ditahan,dia bukan saja
hilang kebebasan,dia juga hilang identiti sebagai
muslimin/muslimat?
Saya tidak sanggup memikirkan apakah bala & azab
yang akan ditimpakan keatas orang Islam yang berupaya
bersuara seperti majlis fatwa,majlis raja-raja,
ahli-ahli politik & NGO's seterusnya umat Islam
dinegara ini yang memilih untuk berdiam diri....
Jawab jangan tak jawab...!
UMIAZALEA,
Hamba Allah dulu,kini,
dan selamanya........