Assalamualaikum wbt…..
Semalam 23/4/2001 saya sempat mengikuti ceramah yang
di sampaikan oleh pejuang reformasi Sdr.Lokman Nor
Adam di Markaz PAS Seksyen 9 Shah Alam iaitu sebelum
beliau di tahan Polis sejurus selepas menyampaikan
ceramah.
Didalam ucapan beliau itu ada beberapa perkara yang
ingin saya kongsikan bersama pembaca semua dan
sama-sama kita memikirkan apa akan jadi dengan Negara
Malaysia kita yang tercinta ini beberapa tahun akan
datang. Disini saya akan ketengahkan beberapa isu yang
disebutkan oleh Sdr.Lokman dan orang yang menjadi
punca utama kenapa perkara ini berlaku ialah kerana
Dr. Mahathir:-
1. Masalah pekebun kelapa sawit.
ð Mulai bulan depan pekebun-pekebun kelapa sawit tidak
akan dapat menjual lagi buahnya kerana simpanan minyak
sawit yang masih tidak dapat dijual agak tinggi. Ini
kerana pengimport utama minyak sawit kita iaitu
Amerika Syarikat tidak mahu lagi membeli minyak sawit
di malaysia dan mereka telah membeli minyak sawit dri
India dan indonesia.
Oleh itu apa akan jadi pada pekebun-pekebun kelapa
sawit di malaysia ini?????
2. Masalah penanam padi di Kedah Darul Aman.
ð Sekarang ini Thailand telah mendapat bantuan
kewangan dari Bank Dunia (IMF) untuk projek penanaman
padi di negara Thailand (nama tempat saya dah lupa)
dan untuk makluman semua tanah yang akan digunakan
untuk tanam padi itu ialah seluas negeri Kedah Darul
Aman. Sekarang ini mereka telah mula kerja untuk Fasa
pertama ( mereka ada 3 fasa kesemuanya) untuk fasa
ketiga di jangka siap pada Tahun 2004.
ð Sedarkah pembaca sekalian bahawa negara kita
sekarang ini telah mengimport beras daripada Thailand
untuk kegunaan seharian yang di terajui oleh BERNAS???
Selain dari masalah kroni yang menerajui BERNAS, beras
Siam ini juga sedap untuk dimakan.
ð Jadi kesimpulannya apabila Thailand sudah ada banyak
stock beras pada 2004 nanti maka harga beras akan
menjadi lebih murah dan apabila berada dipasaran
malaysia maka sudah tentu orang akan membeli beras
yang murah. Bukan saja murah tetapi sedap kalau nak
dibandingkan dengan beras di malaysia. Jadi waktu itu
beras di malaysia tidak akan laku dan penanam padi
akan mengalami masalah.
Oleh itu apa akan jadi kepada petani-petani ini????
Adalah peristiwa kebuluran di Baling akan berulang????
3. Insurance kenderaan akan dinaikan 300%. Seperti
yang diumumkan oleh Dr.Mahathir.
ð Jikalau peraturan ini berkuatkuasa (mengikut
penerangan Sdr.Lokman pada bulan depan iaitu May) yang
menjadi masalah adalah kepada mereka yang memakai
kereta Proton WIRA gajinya hanya lebih kurang RM 2,000
sebulan. Maka untuk menghidupkan cukai jalan dan di
campur dengan bayaran Insurance kereta seseorang itu
mesti menghabiskan duit tidak lebih dari RM5,000
berbanding dengan sekarang dalam lingkungan RM 1,000
sahaja. Bila keadaan ini berlaku sudah pasti ramai
yang tidak dapat menghidupkan cukai jalan dan akan ada
yang mengambil Insurance 3rd party ( yang tidak boleh
claim apa-apa sekiranya berlaku sesuatu kemalangan
atau kecurian). Jadi yang pasti akan ramai yang akan
mati katak yakni tanpa mendapat apa-apa pampas an.
Oleh itu apa akan jadi kepada pemilik-pemilik
kenderaan ini??? Adakah mereka semua akan menjadi
seperti negara China yang mana semua akan guna
basikal?????
Inilah beberapa perkara yang dapat saya kongsikan
bersama pembaca semua semoga dapat kita fikirkan
bersama apa tindakan kita semua untuk mengelakkan
perkara ini terjadi.
Semoga Sdr.Lokman Nor Adam tabah menghadapi dugaan dan
cabaran yang beliau hadapi ini dan semoga beliau
kotakan apa yang beliau ucapkan sebelum beliau di
tahan malam tadi iaitu beliau tidak akan sesekali
berkompromi dengan kerajaan pimpinan Dr.Mahathir
terutamanya Polis untuk membuat pengakuan palsu bahawa
memang benar Aktivis Reformasi ada meyimpan senjata
api seperti yang di dakwa oleh KPN Norian Mai.
Sekian.
Wassalam.
" Berjuang untuk Agama Allah bagi menegakkan Keadilan
di bumi Malaysia ini ".
Allahu Akbar…….. Allahu Akbar………. Allahu Akbar