web space | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO dah memuja artis. Itu tanda UMNO nak 'kiamat'.

Bukankah Rasulullah s.a.w sudah bersabda antara tanda-tanda kehancuran akan menimpa sesuatu golongan itu adalah bila penyanyi, penari wanita (artis mengikut taarif masakini) itu menjadi pujaan. Bila berlaku pemujaan artis wanita maka akan tiba tidak lama setelah itu kehancuran.

Mulanya saya ingat yang akan ditimpa kehancuran adalah bangsa Melayu kerana dalam masa lima enam tahun kebelakangan ini orang-orang Melayu memuja artis-artis wanita. Artis lelaki terpinggir. Hanya artis-artis wanita sahaja seperti Ziana Zain dan lepas itu Siti Nurhaliza menjadi pujaan.

Tetapi bila UMNO menggunakan Siti Nurhaliza untuk menarik orang menghadhiri perhimpunan-perhimpunan UMNO, maka saya rasa lega di hati. Rupa-rupanya golongan yang akan hancur itu adalah puak UMNO.

Bila UMNO baru-baru ini menonjolkan pula Erra Fazira untuk meraih simpati kepada Putri UMNO maka sekali lagi kita diberi tanda yang jelas bahawa UMNO akan hancur (menuju kehancuran).

Kepada sesiapa yang meragui tentang adanya Hadith yang menyebut akan berlaku kehancuran kepada sesuatu golongan apabila artis wanita menjadi bahan pemujaan, ingin saya suruh mereka yang meragu itu cari sendirilah Hadith tersebut dari Sahih Muslim, Sahih Bhukary, Sunan Abu Dawood, dan Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Termizi dan lain-lain. Rujuk sendiri kepada buku-buku Hadith dan cari sendiri. Untung-untungnya dalam mencari Hadith mengenai padah memuja artis wanita itu anda akan terjumpa bermacam Hadith yang lain yang menunjukkan bahawa UMNO itu golongan munafik.

Wassalam

Sabariah


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com