web space | website hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
Free webhosts Streetview photos

     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Cakap tak serupa bikin

saya rasa kadang-kadang naik benci jugak dengan penulis rencana seperti anda semua ini yang mana terlalu taksub. contohnya memberi nama gelaran kepada seseorang yang mana mendatangkan rasa sakit hati orang yang dikata, apakah anda tak rasa berdosa terhadap makhluk yang anda kata itu? atau ianya di bolehkan oleh agama kita untuk menyakiti hati sesama kita orang islam? betulkah cara saudara lakukan ini dan adakah pemimpin yang saudara hormati sebagai ulama telah menyuruh saudara menggunakan cara ini. saya juga ingin bertanya kepada saudara, adakah diri saudara itu cukup sempurna baik dari segi akhlaknya, imannya, yang mana saudara melihat semua yang orang buat tidak betul dan adakah saudara itu maksum dan cubalah lihat pada diri sendiri dulu lepas itu baru menegur orang dan tegurlah dengan sebaik baik nya dan jangan lah menggunakan bahasa yang akan dilarang oleh ugama kita. jika saudara menyangjungi pemimpin saudara dan akan marah kepada orang yang tidak menghormati pemimpin saudara tidak mustahil pemimpin yang saudara sayangi itu juga akan diberi gelaran serupa pada suatu hari nanti dan bagaimana perasaan saudara jika haji hadi digelar ulama pembohong, kaki betina, penipu dan sebagainya yang mana pada saya ianya tidak mustahil akan berlaku kerana dalam politik semuanya boleh berlaku dan kita manusia tidak maksum dari melakukan kesilapan. saya juga melihat pada masa ini pemimpin saudara pada peringkat atasan sehingga bawahan pun melakukan kesilapan dalam mentadbir walaupun ianya baru setahun jagung tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan dan janganlah mendabik dada bahawa yang aku buat betul dan ingatlah dalam betul pun ada silapnya.

..........................................
Saya siar surat ini untuk dinilai oleh pengujung bagaimana hujjah lawan dalam menangani isu-isu sekarang, cara gaya mereka berfikir.... Saya rasa saudara-saudara pengujung atau penulis siber boleh memberi sedikit respon.
Webmaster


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com