web space | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Renungan buat siswa/i muslim/muslimah

mualaikum,

Semua muslimin, tak kiralah kat Malaysia ker, seluruh dunia ker, impikan akan wujudnya sebuah daulah Islam yg kuat dan adil, lebih kuat dari USA. Pelbagai pendapat kita ketahui selama ini tentang kepentingannya dan cara pembentukannya. Ada antara pendapat tersebut lebih menekankan pembentukan jati diri mukmin/muslim yg kuat dan kukuh dalam diri, keluarga dan masyarakat yg merupakan nadi/asas kepada pembentukan daulah yg kita semua impi-impikan itu.

Pergolakan dan senario yg berlaku masakini, tak kiralah yg berlaku kat Malaysia ker, dunia luar ker, biasanya yg negatif, turut menjadikan impian kita itu kian kuat. Adalah menjadi kewajipan kita untuk merealisasikan impian kita itu daripada kita biarkan keadaan ditentukan oleh segelintir politikus yg kurang sensitif tentang hal ini.

Secara realitinya, adalah mudah bagi kita ambil tindakan tunggu dan lihat daripada kita berbuat sesuatu yg affirmatif . Secara realitinya juga, kita lebih mudah untuk berpuas hati dengan apa yg ada, asalkan diri, keluarga dan life kita aman, bahagia dan tak kacau org, walaupun ada benda negatif telah berlaku di luar kediaman kita itu.

Dengan persepsi inilah, sebahagian daripada kita tidak mahu terlibat atau ambil tahu, samada secara langsung atau tak langsung, dalam benda yg agak sensitif(?) iaitu POLITIK. Perkataan yg sering disalahtafsir/disalahfaham bukan setakat oleh rakyat marhain, malah di kalangan kita yg bijak-bijak ini. Malah ada yg berpendapat politik ini lebih bawa FITNAH, oleh kerana pergolakan dan senario negatif yg berlaku dulu dan kini (selamanya..???). Oleh itu, ada kalangan kita tak mahu ambil tahu langsung tentang perkembangan semasa.

Pendek kata, walaupun kita tahu byk tentang kepentingan daulah Islam itu dan kita mahu, tetapi kita tak upaya/mahu terlibat sama untuk usahakannnya. Kenapa? Kita diri sendiri, keluarga masih tak kuat lagi jati diri mukmin/muslimkah?

Usaha untuk kuatkan dan emaintainfkan jati diri itu bukannya usaha kontemporari, tetapi usaha seumur hidup kita (sampai kita mati la). Apakah bentuk/cara penilaian kita terhadap jati diri itu? Adakah ibadat (umum dan khusus) dan cara kehidupan seharian kita dah eexcellentf pada penilaian kita (penilaian ALLAH cam ner yer..??) itu ukuran pada jati diri itu? Usaha ini memakan masa yg lama (seumur hidup kita la).

Jadi, di samping kita usahakan ini, kita mestilah turut sama menyumbang sesuatu yg bermakna buat pembentukan daulah Islam impian kita itu direalisasikan, tanpa ragu-ragu. Takkanlah setakat kita ambil tahu saja, tapi tak nak buat apa-apa...kan!!?? Jadi, kita sebagai mahasiswa muslim berperanan bukan setakat belajar untuk dapat degree dan kerja sahaja, tetapi kena turut juga menyumbang sesuatu yg berguna dan bermakna buat tertegaknya daulah Islam impian kita itu. Tak kiralah nak sokong mana-mana pihak pun, janji kita rancang dan laksanakan. Jangan takat cakap berapi, tapi tak nak buat/turut serta.

Di samping kita belajar ilmu eengineerf itu, jgnlah lupa/ambil tak kisah belajar ilmu agama. Ilmu yg bukan setakat belajar dan tahu saja, tapi kena amal dan buat serta sebarkan. Ilmu yg dapat tolong kita kat kubur nanti (insyaALLAH). Ilmu yg bukan sahaja diri kita, tapi org lain juga dapat manfaatnya.

Konklusinya, tak kiralah kita nak sokong mana-manapun (moleknya kalau sokong yg sememangnya betul nak usahakannnya), kita MESTI turut serta untuk usahakan pembentukan daulah, langsung atau tidak langsung. Usaha ini bukan usaha satu dua kerat organisasi saja, tapi ia adalah usaha kita semua sebagai muslim/mukmin. Jadi, jgnlah dek tak sokong belah tu, kita tak nak turut serta dalam usaha ini..kan!!??

proIslah


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com