Secara keseluruhan, tidak ada apa yang pelik pada artikel seperti ini.
Pertama, kemungkinan penulis tersebut tak tahu latar belakang tentang apa
yang dah terjadi. Dalam kata lain ambil tengah tengah tinggal pangkal
tinggal hujung. Memanglah kita dituntut agar berbaik sangka dan berhikmah
dalam menegur sesuatu perkara yang tidak kena dalam sesuatu masyarakat dan
sebagainya. Tapi ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia, Allah jadikan bukan
sebagai barang yang statik atau kaku, tetapi adalah satu makhluk yang punyai
sensitiviti, kreativiti, sense of belonging (dalam kontek ini ialah Ugama
dan Negara), kemudian tahap kesabaran dan mengalah, semangat mempertahankan
ugama, maruah/keluarga, harta benda dan sebagainya.Apa yang berlaku dalam
hidup manusia itu adalah bersandarkan atas sesuatu sebab secara lazim.Maka
bersebab dan melalui tahap atau peringkat persekitaranlah manusia akan
bertindak dan mewarnai tindakannya seterusnya.Sebagai usaha kearah sesorang
manusia itu untuk mencari kepastian akan sesuatu perkara berlaku, hendaklah
ia mengenal pasti titik atau siapakah punca mula. Manusia bolih diam dan
sabar kalau disekeh sekali atau dua, tapi kalau dah berpuluh puluh kali?
masih akan diamkah dia dan sopan santun serta berbahsakah dia?. Ini
hakikatnya yang perlu dikisar dan ditapisi sebelum merumus sesuatu.
Berbalik kepada saranan sipenulis tersebut, memang pada peringkat awal
kebanyakan penulis mengetengahkan seruan, teguran serta keritikan mereka
dengan cara yang seperti sipenulis paparkan tersebut, memang kita tahu dosa
pahala, akan tetapi semakin hari dan berlarutan pada jangka waktu yang
panjang pihak yang ditegur semakin memperlekeh dan tidak mengambil kira akan
pandangan pandangan yang diberi. Mereka dengan secara sengaja serta sombong
memprovok dan lakukan perkara perkara yang tidak sewajarnya dibuat olih
pemimpin pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir negara. Contohnya :
1. Perjalanan peristiwa pemecatan DSAI. Tuduhan dan kenyataan keterlaluan
yang dipenuhi dengan kata kata yang sungguh menga’ibkan serta jelas
mendahului mahkamah. Kalau benar dakwaan tersebut, biarkan mahkamah
menyelesaikannya. Bagi yang punya akal sihat pasti nampak jelas akan apa
yang sebenar yang tersurat dan yang tersirat. Ini bukan lagi menyakiti hati
sesama Islam tapi dah lebih dari itu.
2. Cara penahanan DSAI saolah olah lebih berbahaya dari botak Chin atau
Bentong Kalimutu. Kemudiannya keluar dengan mata lebam. PM cakap macam orang
pening dadah yang DSAI sengaja tumbuk diri sendiri. Akhirnya terbukti
siRahim Nor punya angkara. Kebelakangan ini DSAI mengalami sakit tulang
belakang yang berkemungkinana besar hasil kerja si Rahim Nor yang masih
bebas riang ria.Dikuti pula peristiwa PM menghina mahkamah dengan enggan
hadir sebagai saksi akhirnya tidak di ambil tindakan undang undang.
3. Berapa banyak hasil lapuran polis secara terperinci yang dibuat olih
rakyat berhubung rasuah yang melibatkan Perwaja, Kes Rafidah & son inlaw,
Rahim Thambi Chik, bekas gabenor Bank Negara dan sebagainya. Pemimpin dengan
sengaja tidak melayan serta bertindak memperlekehkan semua lapuran lapuran
tersebut tanpa mengarahkan sebarang tindakan olih BPR.
4. Cara perjalanan perbicaraan kes DSAI, bagi yang benar benar mangikuti
dengan fikiran analitik dapat merasakan bahawa ternyata tidak dapat diterima
olih pengamal undang undang dalam dan luar negara serta rakyat biasa. Namun
pemimpin pemimpin negara telah secara biadap, bersikap seolah olah “peduli
apa, aku punya kuasa, lantaklah mereka menyalak dan sebagainya”.
5. Peristiwa bail out saham MAS yang harga pasarannya jelas lebih kurang RM
3.00 tapi mereka bayar RM8.00. Satu tindakan sembrono dan tanpa dibahaskan
diParlimen. Dalam bahasa mudah, umpama kita pergi pasar, tanya berapa harga
sayur. Apek kata RM 3.00, kita jawab pada dia, tak apa saya beli RM8.00
untuk kepentingan pasar, macam mana. Tak ke bodoh punya kerja, tapi pemimpin
kata ia tindakan betul. Takkah ini satu tindakan yang tak bolih diterima
olih manusia yang berakal. Memanglah untuk kepentingan negara tapi bukan itu
caranya yang terang terang nak memperbodohkan rakyat yang pilih mereka.
Pemimpin macam ni kita nak berbaik sangka dan bersopan santun lagi?. Lagi
kita lembut, lagi dipijak dan dihenyaknya kita. Lagi berbahasa, lagi
dihinanya Ugama kita.
6. Penghinaan demi penghinaan serta kenyataan yang jelas mengelirukan Islam
dibuat olih pemimpin yang berkelulusan kedoktoran (gigi pulak tu)
sewenangwenangnya, dikipas pulak olih sipengampu yang punya Phd jurusan
agama (kalau tak silap University of TEMPLE USA?. Setahu kita temple tu tok
kong atau berhala). Golongan macam ini kamu kata sesama islam?. Kami takkan
lupa ungkapan yang dilafazkannyan antara lain “ zaman dulu mana ada
gillette? Itu pasal nabi tak bercukur”. “Kalau laksana hudud, orang islam
akan terkebelakang dari kaum lain yang sempurna anggotanya”. Sila luangkan
masa dengar keset mesyuarat tertutup PM dengan MT yang terdapat dipasaran.
7. Sikap siapa berani tegur, siap akan ditekan dengan berbagai ugutan yang
berupa tangkapan dan sebagainya. ISA diguna tanpa asas yang jitu dan
konkrit. Lebih pada menjadikan alat sebagai senjata untuk menundukkan lawan
dan bukan untuk kepentingan negara.
Kalau nak di bariskan satu persatu, memang banyak lagi perkara yang telah
dilakukan olih pemimpin negara terutamanya UMNO(B) telah mencabar dan
sekaligus mengikis perasaan baik sangka dan berhikmah rakyat kepada mereka.
Inilah faktor yang menyebabkan kesabaran rakyat yang bergelar manusia ini
terhakis dan sukar dibendung. Bukan atas seruan ulama atau ketua mereka,
tetapi adalah jelmaan kebencian yang terlalu optima dan jika tak dizahirkan
mungkin lebih besar kesannya secara menyeluruh. Adalah baik sipenulis
menasihati pemimpin yang berkenaan agar bersikap peka dan mahu menerima
kenyataan yang rakyat dah tak mahukan mereka memimpin lagi. Kan itu lebih
baik jika sipenulis merasakan terpanggil untuk membantu menyelesaikan
kemelut yang dihadapi kita semua. Negara ini milik rakyat dan bukan milik
seorang dua pemimpin yang ada. Mungkin kami lemah mencari formula berhikmah
pada tahap kebiadapan pemimpin dalam menggunakan kuasanya masa kebelakangan
ini. Ayuh sipenulis silakan nasihatkan siPM yang bertanggungjawab memulakan
semua permasalahan ini.
Kedua mungkin sipenulis ini penyokong totok membuta tuli UMNO(B) yang dah
nak pupus tu. Jadi tak hairanlah pandangan yang tak ada arah seperti ini
lahir, kerana memang UMNO(B) telah sekian lama mendidik rakyat agar rata
rata tak ada beridea kritis dan peka terhadap kerenah serta penipuan dan
penyelewengan yang dilakukan olih pemimpin mereka. Mereka mahu pengikut
parti tersebut sebagai kerbau dicucuk hidung. Ikut apa dia kata, jadilah
burung kakak tua. Pemimpin cakap Presiden dan Timb Presiden tak payah
tanding, semua kena ikut. Pemimpin mereka cakap taksub, mereka pun berkokok
cakap taksub, pemimpin cakap amanat itu ini, mereka pun berkokok cakap pasal
amanat. Walhal orang yang dimaksudkan, tidakpun pernah mengatakan ianya satu
amanat beliau. Banyak lagi orang orang seperti ini yang dilahirkan olih si
UMNO(B) ini. Dan orang orang yang sebeginilah yang paling disukai olih
pemimpin UMNO(B) ni. Tiap tiap 5 tahun kena janji tipu pun bolih terima
lagi, pemimpin punggah harta rakyat pun bolih tengok aje tau, rasuah
berbillion billion ringgit, lantaklah!!, habis tidak, mampu kata “ biak
pilah, siapa jugak perintah, aku macam nilah jugak”. “ Macamlah dia aje yang
baik” dan sebagainya. Orang berpendirian sebeginilah yang berjaya dilahirkan
olih UMNO(B) selama 20tahun yang lalu. Tapi bila jumpa kawan kawan, asyik
mengeluh tentang barang mahallah, belanja anak sekolah tinggilah, air api
naiklah, tol mahallah dan macam macam lagi keluhannya. Namun nak salahkan
pemimpin pemimpin korup dan rakus UMNO(B) tidak sekali kali. Betul betul
telah berjiwa seperti burung dalam sangkar.
Kesilapan memang kita akui tidak dapat tidak,pasti terjadi. Kesilapan dalam
setahun jagung adalah intisari biasa dalam kudrat tuhan untuk mertarbiah
hambaNya, tapi kalau kesilapan demi kesilapan yang sengaja dan tanpa rasa
malu dilakukan selama 20 tahun, jenis apa nak kita klasifikasikan golongan
ini? Apakah rasionalnya kita nak bersopan dan bersantun dengan golongan
golongan serakah dan bongkak ini?.Janganlah jadikan alasan kononnya kita
manusia bukannya maksum, bolih membuatkankan kita bertindak menghalalkan
dan merestui segala bentuk salah guna kuasa, maksiat, penyelewengan,
penipuan, penindasan, ketidak adilan, memilikkan harta negara sebagai bapak
dia punya (ini dek kerana dah terlalu geram, sentimen naik balik. Ini
biasalah, sebagai manusia kalau dah dan asyik diperbodoh bodohkan, saolah
olah tak ada otak). Dek kerana tak maksum, nada kita jadi begini “ hinalah
Islam dan nabinya, kami tak marah!!! Sebab kami bukan maksum”, begitu?.
Fitnah jadi bahan tata cara untuk hidup, almaklum kita tak maksum gitu?.
Alangkah indahnya kalau golongan golongan tersebut bersikap seperti saudara
sipenulis yang sekurang kurangnya telah memberi peluang kepada dirinya untuk
meninjau pandangan pandangan penulis siber seperti kami ini dan sekaligus
tergerak untuk memberi response walaupun bentuknya seakan akan backfire
kepada kami. Tetapi setidak tidaknya apa yang sipenulis tidak jelas sebelum
ini, mungkin sekarang telah beransur menjadi lebih jelas akan mengapa dan
kenapa rakyat bertindak sebegini rupa, tidak seperti apa yang dialami dalam
zaman PM PM sebelum Mahathir Mohamad ini. Tapi kalau tak jelas juga, agak
malanglah dan ternyata apa yang dididik olih UMNO(B) selama lebih 20 tahun
telah melekat dan terpahat tanpa dapat perbetuli atau dicabut hatta
bergalang gantikan Akidah Islamiah yang suci.
Maaf dipinta, demi kearah pemerintahan yang adil dan sejahtera, ketegasan
dan kekerasan berhujah perlu diistiqamahkan walaupun ada ketikanya kekerasan
dalam berhujah selalu dilebelkan “ menentang” sebagai modal pemimpin UMNO(B)
dalam usaha mereka untuk melentur arus kebangkitan rakyat. Tapi mereka lupa
bahawa rakyat sudah sedar dan terus bangkit untuk menuntut hak mereka
sebagai warga dibumi bertuah ini.
Rakyat hakim negara. Dulu, kini dan selamanya.
Pensil Kayu