web space | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Idris Jusoh si pencuri ayam

Kisah Idris Jusoh & sekutunya mencuri ayam-ayam milik jirannya. Kerana dengki dengan kejayan jirannya menjadi penternak ayam yang berjaya maka Idris Jusoh & the geng pun bercadang untuk berbuat sesuatu untuk melemahkan jirannya dari terus menjadi penternak ayam yang berjaya. Syaitan pun berbisik ditelinga mereka.

Jirannya sedar akan kecurian itu ketika Idris Jusoh & sekutunya mencuri, . Tetapi jirannya tidak boleh buat apa-apa kerana dia sedang menyewa rumah sewa milik Idris Jusoh sendiri. Namun begitu jirannya tetap tidak menghalalkan tindakan Idris Jusoh itu.

Apabila Idris Jusoh & sekutunya berjaya mencurinya tanpa ada halangan maka Idris Jusoh & sekutunya pun bermuafakat untuk melapah ayam-ayam itu bersama-sama dengan orang-orang kampung. Setelah berjaya memanggil orang-orang kampung mereka pun memberitahu bahawa dia & the geng sedang merayakan kejayaannya menternak ayam. Tanpa berlengah lagi Idris Jusoh pun menyembelih ayam-ayam itu dengan harapan ayam-ayam itu di makan secara halal walaupun dia tahu ayam-ayam itu adalah hasil kecurian dia & the geng. (Berniat bahawa ayam yang disembelih akan halal setelah di curi secara haram) Maka orang-orang kampung yang tidak tahu menahu pun turut melapah ayam-ayam itu dengan begitu selera sekali. Idris Jusoh & sekutunya berbangga kerana telah berjaya membantu orang-orang kampung yang miskin walaupun dia tahu ayam-ayam itu datang dari sumber yang haram.

Kisah ini hanyalah ditujukan kepada Idris Jusoh & sekutunya tentang cadangan & tindakan mereka mencuri royalti hak milik kerajaan Terengganu dan Kerajaan Terengganu bukanlah hak milik Parti PAS tetapi hak milik rakyat Terengganu. Kerajaan Terengganu pula dikuasai oleh orang Islam berbangsa Melayu. Kalau benarlah Idris Jusoh ikhlas untuk perpaduan Melayu, fikirkanlah untuk kebaikan semuanya bukan untuk kebaikan parti sahaja. Kalau Idris Jusoh tak sedar juga, cuba fikirkan kisah si pencuri ayam....


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com