web space | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATIR PERLU RUJUK PSAIKOLOGIS

Mutakir ini Mahatir bercakap tidak seperti Mahatir 30 tahun lalu .30 tahun lepas rakyat Malaysia tertunggu2 ide yang akan dicetuskan oleh Mahatir. Ide yang dicetuskan selalu menggamit ilmuan /cendikiawan untuk diulas dan dimanfaatkan.Tetapi kini apa saja ide yang diutarakan bukan sahaja menjadi bahan ketawa malah telah di cemuh dan ejekan. Perubahan pola pemikiran Mahtir dari digemari rakyat kepada dicemuh rakyat adalah kerana keperibadian Mahatir yang tidak terarah. Keperibadian yang wujud pada diri Mahatir kini ada hubung kaitnya sistem “defence mecahnism” yang digunakan Mahatir.

Kini “ego” Mahatir sangat terancam,tertekan serta dalam keadaan “stress”yang amat sangat.Stress yang dihadapi oleh Mahatir sudah tidak tertanggung olehnya lagi.Rakyat terus memberikan stress yang berterusan.Rakyat sudah bangkit kerana tidak mempercayai Mahatir dan kabinetnya.Ia telah digambarkan sebagai seoarng diktator,anti ulamak,anti Islam,mahafiraun,zalim,ketua konspirator,perasuah,perampas wang rakyat dan berbagai gelaran negatif lagi.

Maka untuk mengurangkan stress , Mahatir menggunakan defence mechanism.

Ada tiga kaedah mengurangkan stress.Pertama terus menghadapi tekanan /stress dengan segala risiko.Kedua menarik diri dan terus menghindar diri dari stress itu dan ketiga dengan cara kompromi antara satu dan kedua.

Mahatir lebih gemar memilih cara pertama,iaitu terus menghadapi stress dengan penuh risiko. Ia rela menjadi diktator untuk mengekalkan kuasa.Jalan fikirannya berubah-ubah.Ada masanya ia menjadi begitu pemarah dan ganas. Menyerang Soros bagaikan seekor singa lapar,menyerang DSAI bagaikan orang gila talak,menyerang parti pembangkang bagaikan orang tidak sioman,menangkap pemimpin muda Keadilan bagaikan serigala kelaparan dll.

Ada kalanya Mahatir begitu berhemah dan teliti sekali ketika memberikan ucapan terutama dipentas antara bangsa.Bersemuka dengan pembodek antara bangsa seperti Bill Gates, seolah-olah Mahatirlah seharusnya dijadikan pemimpin dunia.

Ada kalanya ia begitu penyedih dan menitiskan air mata ketika membicarakan nasib Melayu . Mahatir sahajalah yang sangat prihatin akan nasib orang Melayu. Ia begitu merendah diri dan sanggup melutut supaya dapat berjumpa ust Fazil Nor untuk membincangkan nasib Melayu.

Mahatir gemar mencari salah orang lain pada hal punca utama adalah kelemahan sendiri.Meredumnya ekonomi Malaysia akhir 90an ,menjadikan Mahatir ibarat singa lapar menerkam Soros,sebagai penjangak mata wang kelas tinggi sebagai dalang kejatuhan mata wang Malaysia.Kejadian rusuhan kaum antara India dan Melayu di Kg.Medan pada 8.3.01,parti-parti pembangkang pula dipersalahkan. Pembangkang menghasut rakyat ,katanya.Pada hal masalah penduduk Kg.Medan yang melarat sejak puluhan tahun dulu yang tidak pernah mau diselesaikan oleh pentadbiran Mahatir.Masalah kemiskinan,perumahan,infrastuktur dll adala punca utama.Masakan tidak baru sekarang membina jalan,rumah murah dan kemudahan asas dll.

Projeksi adalah satu lagi bentuk lagi yang digunakan Mahatir untuk mengatasi stress. Projeksi ialah mencari kesalahan orang lain atas kelemahan atau kekurangan diri sendiri.Negara akan maju kiranya pembangkang tidak membuat demontrasi.Ekonomi and pelabur asing akan meningkat kiranya pembangkang tidak memburukkan Malaysia.Padahal ekonomi meredum kerana Mahatir mengamalkan kezaliman,KKN dll. Mahatir selalu mencari kambing hitam untuk disembelih.

Mahatir juga punya sifat reaction formation iaitu sifat yang berlebihan-lebihan.Mahatir terlalu banyak protest atau bantahan.Bantahan yang kerap ini adalah memberikan gambaran samalah dengan mengakui kelemahan peribadi sendiri.Mahatir sering menyalahkan negara barat kerana menindas negara miskin. Negara maju mahu menjajah negara miskin.Negara maju ada agenda menghasut rakyat menumbangkannya. Negara maju harus dikenakan cukai untuk pembangunan negara miskin. Pada masa yang sama Mahatir selaku orang yang berkuasa di Malaysia terus menekan Kelantan ,sebuah negeri miskin.Mahatir merampas wang royalti Terengganu milik orang miskin dijadikan wang ehsan dan memberikannya kepada orang Umno di Terengganu.

Seterusnya tanpa disedari, Mahatir menggunakan unsur Kompensasi iaitu satu usaha menarik perhatian dengan cara menutupi kelemahan dan kekecewaan kerana kegagalan diri sendiri dengan cara menonjolkan atau membesar-besarkan secara berlebih-lebihan sesuatau kejayaan yang kecil.Malaysia Boleh adalah contoh klasik.Mengelilingi dunia dengan kapal layar seorang diri padahal ia gagal kiranya tidak mendapat bantuan tentera laut Malaysia yang menghantar tiang layar ke Argentina.Usaha mengadakan kemudahan dan perlumbaan FI di Sepang sangatlah membazirkan wang rakyat.Ratusan juta wang Petronas dibayar kepada pelumba yang banyak kalah dari menangnya. Menggunakan wang Petronas untuk membina bangunan tertinggi dalam dunia tetapi hanya dapat dipenuhi kurang dari 50 % oleh penyewa.Ada pendapat mengatakan Bangunan di Chicago lebih tinggi dari Bangunan Petronas. Lapangan KLIA tercanggih di Asia tetapi lengang- selengangnya setelah banyak syarikat penerbangan malu mendarat di KLIA.

Mahatir juga menggunakan defence mechanism berbentuk Identifikasi. Identifikasi adalah ciri-ciri atau segi-segi tertentu dari kepribadian orang lain yang ditempelkan atau di tarnsfer pada diri sesaorang individu.Umumnya sesaorang suka atau cenderung untuk menyatukan dirinya dengan orang yang mempunyai ciri-ciri yang mirip dengan dirinya atau orang yang ia kagumi.Tujuannya adalah mewujudkan keinginan sesaorang untuk sedikit sebanyak menyerupai atau menyamai orang yang ia kagumi.Dengan jalan ini ia merasakan dirinya dihatgai dan bertambah tinggi.

Tetapi Mahatir tidak ada seorang pun yang ia kagumi.Tidak ada individu yang boleh dijadikan rujukan identifikasi. Biasanya pada peringkat awal seorang lelaki gemar/ suka mengidentifikasikan dirinya dengan bapanya.Mungkin Mahatir tidak dapat mengidentifikasikan dirinya dengan bapanya sebab ia menolak dan begitu benci terhadap bapanya sendiri.Mungkin bapanya seorang yang keras,garang dll.Maka Mahatir menolak bapa dijadikan sebagai orang yang dikagumi. Sampai kini Mahatir tidak ada tokoh yang ia kagumi. Justeru itu Mahatir menjadi sombong dan bongkak.Malah mengatakan “ia sangat kagum pada dirnya sendiri” apabila ditanya oleh seorang pelajar di London tentang siapakah tokoh yang paling Mahatir kagumi.Mahatir buta terhadap Nabi Muhamad s.a.w. sebagai pemimpin dan penyelamat ummah yang harus diimani,dikagumi dan dicontohi.Jangankan menghormati nabi,malah Mahatir menghina nabi Mohamad s.a.w dengan mengatakan ,jika tiada nabi,maka ada orang lain akan mengembangkan Islam didunia ini.Masyaallah.

Tidak mustahil satu hari nanti Mahatir akan menggunakan identifikasi yang lebih dahsyat. Tidak mustahil ia akan jadi gila (“psychosis”). Kini pun Mahatir telah punya ciri-ciri Mahafiraun yang mengaku Tuhan.

Apa bezanya Mahatir dengan Mahafiraun yang mengaku Tuhan . Mahatir secara tidak langsung telah menguku menjadi Tuhan apabila mengatakan : “TAHUN 2020 SAYA SUDAH MATI. BAGAIMANA PUN SAYA AKAN MELAYANG-LAYANG DI ANGKASA MEMERHATIKAN KAMU. JIKA KAMU TIDAK BERTANGUNG JAWAB DAN BEKERJA DENGAN BAIK,SAYA TETAP BERADA DIATAS SANA DAN TERUS MEMERHATI KEBAWAH DAN AKAN MENIUPKAN RIBUT TAUPAN YANG DAHSYAT SERTA GUNUNG BERAPI YANG AKAN MELETUP DI MALAYSIA.”

Selain itu keperibadian Mahatir boleh juga dibaca dalam bentuk jalan fikirannya.Keperibadian Mahatir jelas memperlihatkan sifat Waham yang sangat menonjol.

Waham/Dellusion adalah suatu fikiran yang salah tetapi dipertahankan betul oleh sesaorang walau pun tidak berdasarkan kepada logik,meskipun mengganggu kehidupannya dalam menyesuaikan diri dalam lingkungannya.Waham terbentuk atas dasar emosi,maka waham sangat susah untuk diubah oleh akal fikiran.Waham bertujuan melindungi perasaan cemas dan ketenteramanya yang sedang terancam.Maka ia mengubah faktor nyata untuk memuaskan keperluan jiwa yang terancam.Rasa cemas dan curiga yang terdapat dalam diri Mahatir dapat dilihat lebih ketara sejak pemecatan DSAI tahun 1998.Kecurigaan terhadap DSAI terus diulang-ulang dan terakhir disiarkan dalam Asiaweek 26.1.01 yang mana Mahatir menuduh DSAI sedang mengatur strategi merampas kuasa /pucuk pimpinan Umno dari tangan Mahatir.Ia juga curiga terhadap kuasa asing yang kununnya iri hati dengan kejayaan Melayu yang dipimpinan Mahatir.Mahatir selalu menunjukkan kecurigaan terhadap kejayaan PAS dan Keadilan yang telah dapat meraih sokongan dan simpati Melayu.

Mahatir bukan sahaja punya rasa curiga yang berlebihan terhadap musuh-musuh politik dari parti lawan malah curiga terhadap pemimpin Umno sendiri. Masakan tidak, kebelakngan ini Mahatir lebih gemar melantik barisan kabinetnya dari kalangan orang yang ditolak rakyat dalam pilihan raya 1999. Malah Mahatir menaruh perasaan curiga terhadap pemimpin Umno yang menjadi Ahli Parlimen sehingga tidak dilantik menganggotai barisan kabinetnya. Mahatir lebih mempercayai pembodek-pembodek seperti Zam,tungku Adnan Mansor,Aziz Shamsudin diantaranya.

Lebih khusus Mahatir punya waham jenis paranoia yang expansif. Waham jenis ini sangat suka kepada yang besar-besar. Maka timbulah projek besar dan mega. Istana/mahligai terbesar dan terluas,Bangunan tertinggi,F1,KLIA tercanggih dll. Maka jadilah Mahatir seorang yang Megalomania.

Kanak- kanak yang bermasalah diminta merujuk kepada pakar jiwa kanak-kanak untuk menyelesaikan masalahnya. Pelajar yang nakal dan bermasalah juga dirujuk kepada guru kaunseling. Maka Mahatir yang tepu dengan masalah dan kelainan jiwa perlulah dirujuk kepada kepada pakar jiwa.

Pawang.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com