Keganasan dan kerakusan kerajaan BN pimpinan UMNO semakin ketara. Tindakan-tindakan menekan, menindas dan mengugut rakyat, khususnya para penyokong Barisan Alternatif semakin hari semakin ketara. Tindakan-tindakan yang pada mereka boleh meluntur semangat rakyat untuk membuat perubahan pimpinan ada kalanya memakan diri apabila masyarakat yang semakin sedar telah mengambil pendekatan untuk memantapkan lagi semangat untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim ini.
Sebagai pendedahan, minggu lepas, kami (pekerja di sebuah syarikat perunding binaan) terkejut apabila mendapat satu panggilan daripada pihak SPN- Syarikat Perumahan Negara yang meminta boss kami menghantar resit bayaran keahlian UMNO sebagai syarat untuk melayakkan kami menjadi perunding mereka.
Alkisahnya, SPN adalah pengganti kepada TPPT Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan semula projek-projek terbengkalai, terutama sekali projek-projek perumahan; dan diasaskan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Kewangan yang kini terpenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia dilihat sebagai satu langkah penyucian jasa Anwar oleh Mahathir. Maka, UMNO yang merasakan mereka pejuang nasib rakyat meletakkan SPN yang ‘baru dibentuk” ini di bawah kelolaan insan-insan ‘mulia’ barisan pimpinan pemuda UMNO. Malah, mereka dengan angkuhnya pernah mendedahkan perkara ini di dalm akhbar mereka, Berita Hairan.
Syarikat tempat kerja saya pernah terlibat untuk projrk-projek TPPT, dan ia tertangguh setelah berlakunya krisis kegawatan ekonomi beberapa tahun lepas. Projek-projek tersebut diteruskan semula setelah diambilalih oleh SPN. SPN mengenakan syarat bahawa perunding yang ingin meneruskan tugas sebagai perunding menghantar kembali permohonan (sebagai perunding). Syarikat (tempat kerja) telah membuat permohonan dengan menghantarkan CV (profil syarikat) dengan memenuhi segala prosedur biasa permohonan. Walau bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh seorang pegawai kerajaan yang mengenali boss kami bahawa permohonan kami telah sampai ke SPN tapi kenapa tidak disertakan resit bayaran keahlian UMNO? (nota: macam mana dia tahu, kami pun tak tahu, kerana pegawai ini adalah dari jabatan yang tidak berkenaan langsung dengan kementerian perumahan ataupun kewangan!).
Akhirnya, minggu lepas, apa yang diberitahu pegawai tersebut jadi kenyataan apabila pejabat kami dihubungi ‘kakitangan’ SPN menyatakan mereka kini sedang menunggu ‘kad kecil’ – resit bayaran keahlian UMNO daripada boss. Yang lain tiada masalah….
Semoga boss kami akan terus tabah. Rezeki bukan ditangan Mahathir atau pemuda UMNO. Semoga pendedahan yang tak seberapa ini akan menjadi renungan dan mencetus semangat untuk menjatuhkan era pemerintahan para ‘zalimin’ daripada UMNO dan BN.
Orang Muda