web space | free hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
Custom Search
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Siapa Chua Jui Meng sebenarnya?

Oleh Ummu Natasya

MUNGKIN Ahli-Ahli Parlimen yang lama-lama sudah lupa. Manakala Ahli-Ahli Parlimen yang baru tidak tahu. Tetapi saya masih ingat, pada suatu petang seorang Ahli Parlimen BN dari MCA kena usir dari Parlimen.

Ahli Parlimen itu ialah Chua Jui Meng dari Bakri, Johor. Dia bercakap soal-soal perkauman dan mempertikaikan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Berkali-kali Speaker Tan Sri Zahir Ismail (kini Tun) menegurnya tetapi tidak dihiraukan. Akhirnya dia diminta keluar Dewan.

Selang sebulan selepas itu, namanya diumumkan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industeri. Dia dinaikkan pangkat kononnya bagi menutup mulut dari bercakap soal-soal bangsa Melayu dan Hak istimewa orang-orang Melayu.

Tidak lama kemudian, dia naikkan pangkat lagi menjadi timbalan menteri dan akhirnya menjadi Menteri Kesihatan.

Apabila dia dijadikan alat Dr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi supaya menjawab di Parlimen kononnya Malaysia mempunyai kelengkapan untuk menjalankan pembedahan, dia sebenarnya mahu meneruskan niatnya anti Melayu. Baginya, biarlah bangsa ini bergaduh sama sendiri.

Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis. Kalau Chua Jui Meng mahu menafikan, silalah. Nafikan betul atau tidak dia pernah diusir dari Parlimen. Nafikan benar atau tidak dia pernah mempertikaikan Hak Istimwa Orang-orang Melayu.

Disebabkan ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu di kawasan Bakri bodoh dan mudah lupa, maka Chua Jui Meng boleh kekal mewakili rakyat kawasan itu. Tetapi, saya tidak mudah lupa peristiwa ini.

Dalam politik, dia boleh bercakap apa sahaja mengenai permohonan rawatan di luar negara terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada seekor dua wakil rakyat dari BN bolehlah menjerit ketika Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail bercakap di Parlimen, tetapi suatu hari nanti, jika terkena kepada diri masing-masing, baru mereka tahu.

Bukan semua orang Melayu singkat ingatannya. Bukan semua orang Melayu lemah ingatannya. Hari ini, sudah lahir semakin ramai orang Melayu yang kuat ingatan dan berilmu. Bukan boleh lagi diperbodoh-bodohkan.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan diri saya dan para penyokong dan pendokong BA supaya bersedia untuk mengajar BN dalam pilihan raya akan dating. Banyak benda yang boleh dilakukan apabila kita berkuasa kelak. Siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan, siasatan terhadap Tan Sri Khalil Yaakob dan siasatan terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz boleh diteruskan.

Usah kita mengalah walaupun kita dilihat sudah kalah dengan tangkapan ISA yang semakin ganas sekarang. Kita kuatkan tekad dan keazaman untuk menumbangkan BN… ayuh!


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com