web space | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Khalil guna setiausaha bantai Fauzi

Oleh Ummu Natasya

SAYA terbaca di ruangan surat pembaca Berita Harian (baca Berita Hairan) tulisan seorang budak bernama ZUK VALENTENO yang mendakwa sebagai ahli Umno Kuala Kedah, Kedah . Tulisannya berkisar mengenai pendirian Datuk Fauzi Abd Rahman yang masih tidak meletakkan jawatan sebagai ADUN kawasan Beserah, Pahang.

Budak bernama Zuk Valenteno ini sebenarnya adalah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob dan sebelum itu dia adalah Setiausaha Akhbar kepada Tan Sri Mohamed Rahmat.

Macam-macam yang diperkatakan; fokusnya mahukan Fauzi berundur dari kerusi Beserah. Walaupun dia tidak menyentuh mengenai aduan Fauzi, budak ini mahu menyalahkan Fauzi dan mempertahankan Khalil Yaakob yang kini menjadi "orang kena tuduh".

Dalam soal melepaskan jawatan, budak Zuk tidak perlu risau kerana Menteri Besar Pahang boleh menghantar surat Fauzi kepada Speaker DUN Pahang dan jika diterima, maka hilanglah Fauzi dari gelaran YB. Itu perkara kecil kerana Fauzi memang mahu meletakkan jawatan, itu yang dia katakana berkali-kali. Apakah Khalil dan budak Zuk tidak faham?

Tapi, kalau Menteri Besar Pahang tidak mahu menghantar surat Fauzi yang diterimanya kepada Speaker DUN, Khalillah yang patut berhenti kerana dia kena tuduh dan bagi memudahkan siasatan, mengapa tidak berhenti seperti Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dan Muhammad Muhd Taib dahulu.

Budak Zuk boleh memberitahu kepada Khalil, contoh-contoh ini dan jangan hanya memberikan contoh kepada Fauzi sahaja. Apakah budak Zuk ada keberanian? Saya rasa dia tidak akan berani untuk menyebut bahawa orang yang kena tuduh dan disiasat perlulah bercuti dan melepaskan semua jawatannya.

Kalau mahu disebut lagi… ada Waad mansor dan Sahar Arpan yang pernah kena berhenti disebabkan ada aduan terhadapnya. Khalil tidak nampak atau budak Zuk tidak tahu? Memberi contoh Dr. Ibrahim Saad di Bukit Mertajam dengan kes Fauzi di Kuantan tidak sama. Dr. Ibrahim kalah pilihan raya dan tidak bertanding di kawasan Bukit Mertajam. Fauzi berada di Beserah dan Beserah itu berada dalam Bahagian Kuantan. Kalau pun Zuk mahu mempertahankan Khalil, usahlah memperbodohkan orang lain.

Apa yang Khalil takut untuk bercuti dan berhenti? Kalau di zaman pemerintahn Dr. Mahathir dia selamat, tidak mungkin dia akan selamat selama-lamanya. Nanti, dia akan kena juga dan Fauzi bukan ada satu bukti sahaja, malahan ada 13 bukti. Khabarnya semuanya dating dari Dr. Mahathir sendiri dan Dr. Mahathir yang meminta Fauzi membuat aduan polis. Dr. Mahathir memang hendak buang Khalil dari arena politik kebangsaan.

Budak Zuk mungkin boleh kemas barang-barang darAngkasapuri dan pindah bawa balik ke rumah. Mungkin boleh minta kerja semula dengan The Star atau The Sun sebab kerusi yang didudukinya itu panas.

Tidak usahlah bermusuh dengan Fauzi kerana Fauzi orang lama dan awak tu budak-budak dalam Umno. Lagi pun Umno sudah semakin pupus dan bukan budak Zuk yang boleh menyelamatkannya. Tengok sendirilah Umno di Kuala Kedah… apa sudah jadi? Berapa kerusi kalah dalam pilihan raya?


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com