web space | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lokman Adam Di Tahan Polis jam 1210 mlm

Setelah heboh kehilangan Sdr Lokman selepas penahanan 8 pejuang reformasi, malam ini beliau muncul di Markaz PAS seksyen 9 Shah Alam dengan pidatonya yang lengkap dengan fakta.Beliau berceramah dengan naib ketua pemuda PAS pusat Sdr. Salahudin Ayob. Didalam ucapannya beliau mengatakan malam ini adalah malam yang kedua selepas semalam berceramah di Ipoh perak dan alhamdulillah katanya tidak ada apa-apa ganguan tetapi malam ini belum tentu lagi akan selamat dari intipan ajen-ejen Mahathir seorang yang gila. Memang betul jangkaannya selepas habis sahaja cermah yang di sampaikan oleh Sdr Salahudin maka pengerusi mengumumkan bahawa beberapa anggota polis sedang menunggu di bawah dan juga polis sedang menunggu di beberapa persimpangan jalan. dan pengerusi meminta para hadirin mengiringi sdr. Lokman turun kebawah agar sesuatu perkara buruk tidak akan berlaku. Apabila sampai sahaja di pintu keluar Markaz beliau di pegang oleh 3 orang anggota polis dan sdr. melaungkan takbir beberapa kali dengan disambut oleh hadirin. Suasana agak panas tetapi alhamdulillah tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Kemudian beliau dibawa menaiki sebuah pajero tepat jam 1210mlm.

Semoga Sdr. Lokman serta ahli keluarga dapat sabar menempuhi dugaan hidup ini. Dan kita juga berharap Sdr.Lokman Istiqamah dalam perjuangan ini.

" kalau takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan" kata keramat DSAI.

Allahu akbar.....Allahu akbar.....Allahu akbar.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com