web space | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


'Fatwa Mahathir' sedang disiapkan

GUA MUSANG, 24 Apr (Hrkh) - Unit Penyelidikan PAS Pusat sedang mengumpul kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang mempersendakan Islam untuk dirujuk kepada Majlis Fatwa.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkata, kenyataan itu sedang dikumpul dan apabila siap kelak akan diberi nama sebagai Amanat Haji Mahathir.

Menurutnya, antara kenyataan yang dikenalpasti sebelum ini termasuk mempertikaikan janggut Nabi Muhamad Saw dan pendedahannya tidak pernah membaca al Quran dalam bahasa Arab oleh Dr Mahathir Mohamad.

"Pengakuan Dr Mahathir tidak pernah membaca al Quran dalam bahasa Arab didedahnya sendiri ketika dia merasmikan kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, baru-baru ini.

"Entah berapa kali perasmian universiti berkenaan dilakukan," katanya pada ceramah di Ciku 3, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penyelia parlimen Gua Musang, Haji Abdul Razak Abbas.

Baru-baru ini, Umno begitu kalut sekali dengan Amanat Haji Hadi dan menganggap sebagai punca kepada pecah belah orang Melayu sekarang.

Ekoran itu, Umno mahu menubuh panel khas untuk mengumpul maklumat mengenai amanat tersebut dan menawarkan diri sesiapa yang menjadi saksi.

Ustaz Nasaruddin berkata, apabila Amanat Dr Mahathir disiapkan, ia akan diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Pusat Kajiselidik dan Strategi, Badan Perhubungan PAS Kelantan mengeluarkan risalah ringkas mengenai kenyataan yagn mempersendakan syariat.

Antaranya, kenyataan Dr Mahathir di Nilam Puri pada 3 Mac 1994 berbunyi 'Melaksanakan hukum hudud boleh melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam'.

Pada 14 Ogos 1994, Dr Mahathir juga dipetik sebagai berkata, Al Quran perlu ditafsir semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.'

Ustaz Nasaruddin berkata, Perdana Menteri juga menyebut ketika merasmikan kampus UIAM iaitu orang Melayu sekarang lebih berminat untuk menghantar anak-anak belajar di sekolah agama berbanding sekolah kebangsaan yang ditubuh kerajaan.

"Ucapan seperti itu tidak jauh beza dengan Kamal Antartuk di Turki yang mempersendakan Islam," katanya.

Selain itu, beliau mendedahkan sebuah bank yang dimiliki kerajaan mengarahkan pekerja wanita yang bertudung tidak lagi dibenarkan bekerja di kaunter.

Ada juga sekolah yang melarang pelajar memakai kopiah dan hanya membenarkan songkok sahaja.

Beliau juga memberitahu strategi PAS mempertanggungjawab setiap anggota parlimen PAS bagi menjaga kementerian tertentu memberi kesan kepada kemantapan barisan pembangkang di parlimen.

Katanya, strategi itu begitu merimaskan sekali Umno ketika berdepan dengan anggota-anggota parlimen Barisan Alternatif di Dewan Rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya pihak Majlis Fatwa turut membuat fatwa bagi menjelaskan kenyataan pemimpin yang mempersendakan Islam.

"Sepatutnya ada orang bertanyakan kepada Majlis Fatwa mengenai kenyataan yang jelas mempersendakan Islam," tambahnya.

Beliau juga berkata, strategi PAS sekarang sudah berubah dari menyerang kepada menerang bagi menarik seramai mungkin kepada perjuangan Islam


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com